PENGALAMAN

Kumpulan Era Gemilang berpengalaman luas dalam menyediakan perkhidmatan makanan dari tukang bmasak Islam. Antara pelanggan utama yang telah mendapatkan perkhidmatan
Kumpulan Era Gemilang adalah seperti berikut:

1. Kolej Matrikulasi Pahang;
2. Universiti Malaysia Pahang;
3. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kuantan;
4. Pahang Skill Development Centre, Kuantan;
5. Jabatan Penyiaran Pahang;
6. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kuantan;
7. GLC (Petronas);
8. Jabatan Imigresen Pahang;
9. Jabatan Kesihatan Negeri Pahang; dan,
10. Jabatan-jabatan; sektor swasta, Kerajaan Persekutuan, Negeri serta Kerajaan Tempatan.

Selain perkhidmatan penyedia makanan, Kumpulan Era Gemilang juga diberi peluang dan keutamaan untuk mengendali dalam pengurusan majlis perasmian, majlis jamuan hari raya dan pameran serta sambutan untuk sektor awam dan sektor swasta.

Moto Kumpulan Era Gemilang " KEPUASAN PELANGGAN , KUALITI MASAKAN DAN KEBERSIHAN DIUTAMAKAN ", telah membantu meningkatkan prestasi kami.


Kumpulan Era Gemilang telah bekerjasama dengan Automotive Corporation (M) Sdn. Bhd. membangunkan satu konsep "Mobile Kitchen" menggunakan kenderaan Hicom Perkasa Truck-MTB150DXL yang telah diubahsuai dan lengkap dengan peralatan memasak dan pengurusan majlis yang terkini yang boleh digunakan seluruh Malaysia.