Kumpulan ERA GEMILANG terdiri daripada Era Gemilang Supplies & Services ( CA0162166-K ) dan Era Gemilang Caterer ( CA0156089-K ). Kumpulan Era Gemilang telah memulakan perniagaan pada 06 Ogos 2004. Kumpulan Era Gemilang adalah berdaftar sebagai perniagaan Milikan Tunggal yang dimiliki penuh oleh Bumiputera.
Kumpulan Era Gemilang menjalankan perniagaan di alamat A11 8 A13 Jalan I/M 3/12 BIM Point, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Kumpulan Era Gemilang menjalankan perniagaan utama sebagai pengendali restoran makanan halal, selain dari membekal makanan mentah basah dan kering, makanan bermasak Islam, pengurusan pameran dan pentas, mencuci bangunan dan membersih kawasan.